Saturday, July 28, 2018

SELAMAT HARI KEBANGSAAN | 31 AUG., 2018

Sekali lagi Rakyat Malaysia boleh berbangga menyambut hari kebangsaan yang penuh bemakna. Sayangi Malaysiaku bersama kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan pilihan rakyat.


Walaupun Tunku Abdul Rahman telah membebaskan Tanah Melayu dari jajahan British pada tahun 1957, selama 60 tahun berikutnya UMNO/BN yang mengambil alih pemerintahan dengan pelbagai dasar Ekonomi, permain isu agama dan perkauman. 

Semenjak Najib Razak menjadi Perdana Menteri, sandiwara UMNO/BN diperhebatkan.  Falsafah "Cash Is King" bermukakan istilah istilah Arab/Islam seperti  Wasatiyyah, Maqasid Syaria, Saf, Sirah kononnya mentadbir negara mengikut peninggalan baginda Rasulullah. Slogan PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, sambil songlap dari peruntukkan kononya untuk perjuang nasib dan maruah Melayu. Tetapi, yang nyata hanyalah pemimpin UMNO/BN dan kroni mereka sahaja yang hidup kaya raya, boros, sombong dan bodoh. Nasib rakyat Melayu seperti peribahasa “Lepas Dari Mulut Harimau, Masuk Kedalam Mulut Buaya”. Dunia memalukan Malaysia dengan gelaran kerajaan Kleptokrasi, dipimpin penipu, penyamun, perompak dsb.

Rasa pahit dan kebencian rakyat mula membara selepas "pemakan dedak" UMNO/BN terus pertahan Najib, tanpa segan silu, ditambah dengan kenyataan kenyataan media tahap kanak kanak dan sentiasa menunding jari pada parti DAP. Tidak sampai hati untuk melihat Malaysia dihina dan rakyat diperbodohkan, Tun Dr. Mahathir yang berusia 92 tahun, yang sudah lama bersara kembali menolong parti pembangkan untuk menyelamatkan Malaysia. Syukor Allhamdulillah pada Mei 9, 2018 dengan restu rakyat dan Allah (SWT), UMNO/BN telah berjaya ditumbangkan macam pokok dan Najib dijatuhkan macam nangka busuk.

Sayangi Malaysiaku, rakyat bangkit sokong kerajaan baru dan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia kerana Najib dan UMBO/BN tinggalkan hutang negara lebih RM1 trillion untok rakyat langsaikan. Kami berharap, kesemua penipu, perompak dan penyamun ini akan disiasat dan harta songlap mereka dipulangkan kepada negara.

Anasir anasir UMNO/BN pandai bersandiwara. Jaguh kampong yang tak habis kokok berderai derai tetapi ekor bergelumang najis. Mereka hanya mampu mengganas rakyat tempatan. Untuk menjaga kepentingan sendiri, dan elak dari dipenjara, mereka terus menghasut rakyat, menganas dan memfitnah kerajaan baru, tak habis dengan perangai samseng.

UMNO/BN masih mempunyai dana yang besar untuk menjana media fitnah, hasutan dan keganasan. Sementara Polis menanganinya, perjuangan rakyat Malaysia akan berterusan, sehingga tiada lagi saki baki UMNO/BN. UMNO/BN akan kekal sebagai titik hitan dalam sejarah Malaysia, mereka bukanlah pejuang yang disangkakan, mereka adalah mebelot, penyamun, pengkhianat negara.


Sayangi Malaysiaku, Selamat Hari Kebangsaan


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM. ALHAMDULILLAH IRABBIL ALAMIN, wal aqibatulil muttaqim, wala ‘udwana illa ‘aladzalimiin, Wasolatuwasalamu ‘ala saiidina muhammadin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’iinn.

Ya Allah ya rahmanu ya rahiim, sempena dengan perlantikkan kerajaan Pakatan Harapan atas usaha gigih rakyat Malaysia, kami bermohon kepadamu ya allah, agar kau rahmati dan berkati negara kami dan kami semua dan mereka-mereka yang berada bersama-sama kami di dalam memulihkan negara kami Malaysia dari ketirisan ya Allah. Ya Allah ya Qawiiyun ya Aziiz, kami amat mengharap kepadamu ya Allah, majukanlah negara dengan ketinggian ilmu yang kau kurniakan ke atas pemimpin kami dan kau teguhkanlah dengan kekuatan minda dan semangat kami, dan jayakanlah sebarang usaha kami dengan kesempurnaan dan kecemerlangan dalam masa yang terdekat.

Innaka ala kulli syai ingkadiir, Ya Allah ya aliimu ya hakim, Engkau peliharalah negara ini dan semua kakitangan awam dan pemimpin daripada segala balak bahaya, fitnah dan bencana dan daripada pandangan jahat Iblis, Syaitan, CyberMacai UMNO/BN, The Third Garbage, Jin hantu daripada sebarang hasutan, tipu daya mereka yang jahat dan yang berhasad dengki. Bukakanlah hati dan akal fikiran mereka agar berubah menjadi manusia yang berfaedah diatas muka bumi ini. Sesungguhnya Engkau maha gagah lagi maha perkasa, maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina azabannaar, wasallaallahu ala saiidina Muhammad, waala alihi wasahbihi wasallam, walhamdulillahi rabbil alamiin.

Taqabballallahumingkum
















4 comments:

  1. “The bygone era is the era when Malaysia was known as an Asian Tiger. Is he saying that the people should be taken back to the era when the nation was known as a kleptocracy led by a kleptocrat?” - Tun M

    ReplyDelete
  2. Walaupun Tunku Abdul Rahman telah membebaskan Tanah Melayu dari jajahan Bristish pada tahun 1957, selama 60 tahun berikutnya UMNO/BN yang mengambil alih pemerintahan dengan pelbagai dasar Ekonomi, permain isu agama dan perkauman - bersandiwara PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, sambil songlap trillion dari peruntukkan kononya untuk mengubah nasib dan maruah Melayu. Tetapi, yang nyata hanyalah pemimpin Melayu dan kroni mereka sahaja yang hidup kaya raya, boros, sombong dan bodoh. Nasib rakyat Malaysia seperti peribahasa “Lepas Dari Mulut Harimau, Masuk Kedalam Mulut Buaya”.

    ReplyDelete
  3. moga2 ramai yg sedar apa yg sedang berlaku..memohon pada tuhan semoga bukakan minda mereka semua...amiin..

    ReplyDelete
  4. Outa korang ‘PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR’ dah tak makan. Baling Melayu itu, Melayu ini sorok tangan, tunding pada DAP dah “OUTDATED”.

    Kekalahan teruk calon UMNGOK di N49 Sg. Kandis jelas membuktikan rakyat sudah “FED-UP” dengan UMNO/BN, muka2 penyamun, perompak.

    ReplyDelete